Daftar untuk dapat maklumat terkini

Nama:
Email:




 

Teori-teori dan Soalan Lazim Mengenai Keaslian Madu Tualang


Tiada teori yang tepat untuk menguji samada madu itu benar-benar asli atau tidak. Di sini terdapat beberapa teori popular yang biasa kita dengar daripada orang ramai bagi menguji madu asli:
  1. MITOS : Titis dari bawah kuku - Setitik madu diletakkan di bawah kuku lalu diterbalikkan supaya madu dapat menitis ke bawah. Jika madu asli kononnya tidak akan menitis ke bawah.                                                         FAKTA : Jika madu yang pekat khususnya dari Timur Tengah mungkin tidak akan menitis,                               tetapi bagaimana  pula    dengan madu Tualang yang biasanya cair. Terdapat Madu Tualang yang akan menitis apabila diterbalikkan tetapi tidak bermakna ianya tidak asli.
     
  2. MITOS : Buih madu di dalam pinggan - Akan terbentuk corak seperti sarang lebah melalui campuran buih-buih air dan madu pada pinggan setelah digoyang-goyangkan.
  1. MITOS : Madu diperap dengan kertas - Madu dicurah ke atas kertas kemudian ianya di biarkan 2-3 minit sehingga basah lalu dibakar. Jika tidak terbakar madu itu tidak asli. Jika sebaliknya maka ianya asli.
  1. MITOS : Kertas tidak telap - Madu dititis ke atas kertas, jika di dapati tidak telap maka madu itu asli, jika tidak maka sebaliknya.
  1. MITOS : Titis Madu ke dalam air jernih - Setitis madu dititiskan ke dalam air jernih, jika ia pecah dan bercampur bersama air  maka ianya bukan madu asli. Jika madu itu asli, titisannya akan terus menjunan ke dasar bekas air tersebut.
  1. MITOS : Semut tidak datang - Inilah killer teori, mana mungkin manisan seperti madu tidak didatangi semut. Secara logiknya semua makhluk Tuhan sukakan benda yang manis, ada pendapat yang mengatakan madu tualang biasanya tidak didatangi semut kerana bersifat agak panas kerana mengandungi kuprum, magnesium dan lain-lain.
  2. MITOS :Madu dibakar - Madu dimasukkan ke dalam sudu, kemudian dibakar dari bawah sudu. Jika terbentuk buih-buih kecil maka madu itu asli, tetapi jika menghasilkan buih-buih yang besar  madu itu tidak asli.